Followers

Wednesday, July 27, 2011

Lebih Baik Hilang Kerja Daripada Hilang Maruah!!

  Lebih 15tahun lalu,saya memulakan kerjaya dalam usia masih muda,sebaik saja tamat spm.Pesanan ibu bapa,saya pegang betul2,kerja elok elok jangan cari pasal dengan orang lain,keje ikhlas dan segala macam pesanan dibekalkan pada saya.Saya sedar,kami bukan orang senang,suka tak suka,saya mesti bekerja untuk meringankan beban ibu bapa dan membantu persekolahan adik adik.
  Dalam ramai ramai rakan sekerja senior,ada seorang lelaki amat merimaskan saya.sikapnya kadang kala buat saya jengkel,mula2 asyik suruh saya buatkan air,kemudian kenyit2 mata,selepas itu menegur saya dengan mengada ada.Saya diam,tapi lama kelamaan perangainya semakin keterlaluan dan dia naik lemak.Bulan berganti,saya membiasakan diri dengan rakan sepejabat yang lebih tua.mereka juga kian menerima saya dan tidak lagi teruk membuli seperti awal2 dulu,tapi perangai lelaki gatal tu tidak berubah jugak.  
  Dia mula pandai membuat panggilan lucah,kadangkala sedang asyik bekerja telefon berbunyi dan apabila saya menjawab dia bertanya soalan yang amat memalukan"hari ini pakai seluar dalam color apa?"Apabila saya menoleh ke tempat duduknya,dia memandang dengan penuh senyuman mengada ada nya!sehingga lah suatu petang,saya masih bekerje dan pejabat sunyi sepi,saya sedang membuat salinan surat di mesin fotostat apabila tiba tiba seorang memeluk saya dari belakang.ya ALLAH terkejutnya..ketika menoleh si lelaki gatal itu hanya tersengih sengih.Entah dirasuk apa saya jadi marah sungguh,rasa kesabarn sudah sampai tahap minimum,tanpa berfikir panjang,saya capai fail kertas tebal dan saya baling kearah nya,terkena perutnya sehingga dia terduduk,saya ambik satu lagi fail dan hentak berkali kali kepala nya sambil memaki hamun.
  Sedar sedar saya dikerumuni rakan lain,mereka menyabarkan saya,ada yang memujuk,ada seorang dua kelihatan tersenyum sinis.tanpa berfikir panjang saya berlalu ke tempat duduk,ambik beg n terus balik.saya sudah bersedia untuk tindakan tatatertib,bukan salah saya kalau hilang kerja daripada hilang maruah.Lebih baik hilang kerja dari hilang maruah.saya hanya pertahankan diri.Esoknya saya dipanggil seorang pegawai sumber manusia wanita,saya nekad,xkuasa lagi nak pertahankan diri,kalau dibuang pun saya terima,tapi reaksi pegawai sumber manusia tu sangat memeranjatkan."Dah banyak saya dengar perangai pekerja tu,cuma tak terima aduan rasmi,jadi tak ada bukti,tak boleh ambik tindakan,awak berani betul memang kena buku dengan ruas,kami dah ambik tindakan pada pekerja tu,awak boleh kerja terus!" 
  Saya bukan hendak jadi penegak hak asasi wanita,cuma mahu hak bekerja dalam suasana aman dan tenteram,ketika saya "melawan",saya hanya fikirkan maruah diri.Alhamdulillah...ALLAH menyebelahi saya..
                    sumber dari majalah NUR...

 

Wednesday, July 20, 2011

rezeki coca cola..

Salam 1malaysia n salam tengahari..semalam abah balik dari melaka..bawa balik 5 6 box ke apa ntah nk panggil yerr..air coca cola,ummi pun terkejut gak igatkan abah beli ke rupa nya ada kawan nya yg driver lori air coca cola ni bagi,ni la dikata kan rezeki terpijak tapi mampu kah ummi n abah abiskan semua coca cola ni,ummi pun bukan gemar angat minum air bergas ni kalu air buah or susu tu leh la abis dalam seminggu.Tu pun dah bagi ke kawan2 abah n jiran2 sini..nak simpan wat buka posa bila ramadan nnti pun sempat rasa nya..
budu pun termasuk sekali..hi hi


dah beku air coca cola ni...xtempat nak simpan maklum la peti sejuk kecik sinonet je

Tuesday, July 12, 2011

ketawa penawar duka..

Makcik Dari Kampung.. 
     Pada suatu hari,Makcik minah datang ke kl utk berjumpa dengan anaknya yang menetap di situ dan berkahwin dengan org kaya.Dia turut membawa rakan nya dari kampung,Bibah.Oleh kerana hari telah lewat malam,dia"check-in" disebuah hotel mewah semata2 mahu menunjuk2 kepada Bibah.Tambah lagi apabila pekerja hotel membawa begnya menuju ke bilik penginapan.   
    Makcik Minah dengan girangnya mengikuti langkah pekerja hotel tu dan ketika pekerja hotel menutup pintu,Makcik Minah melihat disekeliling,dia tiba2 menjadi marah lalu berkata kepada pekerja hotel tu.        
  Makcik Minah:"eksekius mi(mengikut loghat pelat melayu kita)encik jangan igat makcik datang dr kampung,tak tau duduk hotel tau,makcik dah bayar ratus2 tp encik nak bagi saya bilik ni pulak,dah la bilik kecik,tv dan almari pun tiada?????..hei jangan nak menipu org la"(makcik minah memaki hamun pekerja tu konon nya untuk menutup malu kepada Bibah)              
   Pekerja hotel:"sabar makcik.ni baru lif.....

Monday, July 11, 2011

resepi kerang berapi...

kerang berapi...
bahan2:  
  kerang
  cili padi(nak pedas letak bnyk la yerr)
   1 biji telur  
   daun limau purut
    2batang serai
   bawang merah n bawang putih(ikut suka la nk ltk berapa ulas bwng pun)
    kicap
    sedikit minyak tuk menumis
    garam n gula tuk perasa(xnk letak gula pun xper)  
cara2 membuatnya:  
    blender bwng merah,bawang putih,cilipadi n serai smpai hancur la..
    masukkan minyak dlm kuali tuk menumis bahan yg diblender td..tumis smpai kering sikit yerr..
    serta campakkan sekali daun limau purut n serai yg diketuk
    agak2 dah kering sikit,masukkan sedikit kicap
    pecahkan telur dlm kuali td
    kalu agak pekat masukkan la sikit air kalu yg suka berkuah tu
   kemudian msukkan garam n gula sikit
     last sekali masukkan kerang
    sedia tuk dimakan..