Followers

Tuesday, February 21, 2012

10 Tanda Anak Bijak


Setiap ibu bapa akan berbangga jika dianugerahkan anak yang bijak, lebih-lebih lagi genius. Walaupun demikian, di mata ibu bapa, semua anak-anak mereka adalah bijak. Biar pun bukan semua anak dianugerahkan bakat untuk menjadi seorang yang Genius, namun masih terdapat beberapa panduan untuk mengukur sejauh mana bijaknya anak-anak anda.

10 tanda-tanda yang menunjukkan anak anda itu seorang yang bijak :-


1. Mengekalkan Maklumat

Jika kanak-kanak biasa bagaikan ‘masuk telinga kiri, keluar telinga kanan’ apabila diajar. Anak anda boleh dikatakan bijak jika mereka mampu menyimpan maklumat dan boleh mengingatinya pada masa yang lain.
Minda kanak-kanak umpama span yang akan menyerap segala apa yang dilihat dan diajarkan kepadanya. Disebabkan itulah kita digalakkan mengajar anak-anak sejak dari usia kecil. Melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

2. Minat yang meluas

Minda anak yang cerdas mungkin menunjukkan minatnya terhadap pelbagai topik di sekelilingnya. Bulan ini mungkin dia minat Dinasour, bulan depan pula angkasa lepas, bulan berikut pula topik yang lain dan begitulah seterusnya.

3. Membaca dan Menulis di awal usia

Anak anda boleh dikatakan seorang yang bijak jika dia mampu membaca dan menulis di awal usia biar pun tidak melalui pengajaran yang formal.

4. Berbakat dalam seni muzik dan artistik

Kanak-kanak yang boleh memaparkan bakat luar biasa dalam muzik atau seni seringkali dianggap berbakat.

5. Menunjukkan Konsentrasi

Kanak-kanak biasa tidak diketahui tahap konsentrasinya biar pun dalam tempoh panjang, sebaliknya kanak-kanak yang bijak ini sentiasa menunjukkan konsentrasinya terhadap sesuatu.

6. Mempunyai ingatan yang baik

Sama seperti tanda No 1, sesetengah kanak-kanak boleh mengingati perkara-perkara yang mereka lakukan sewaktu mereka masih kecil.

7. Susun kata yang maju berbanding usia

Kanak-kanak yang bijak berbicara ketika kecil jika kita sering berbual dengannya menggunakan ayat dan perbendaharaan kata sepertimana orang dewasa, akan cepat menyerap dan memahami apa yang dibualkan orang yang lebih dewasa.

Misalnya anak-anak berusia 2 tahun akan berkata ‘Itu kucing’, sebaliknya anak-anak bijak ini akan berkata ‘Itu Kucing yang garang yang suka membuat bising di rumah kami’. Berbeza bukan?

8. Memberi perhatian yang terperinci

Kanak-kanak yang berbakat ini dapat mengingati dan peka dengan keadaan di sekelilingnya. Misalnya mampu untuk menyimpan barang permainannya di tempat ianya diambil. Atau menyedari jika sesuatu barang kesukaannya itu berubah kedudukan dan sebagainya.

9. Bertindak sebagai pengkritik dirinya

Kanak-kanak di usia kecil tidak terlalu bimbang apa yang berlaku terhadap dirinya mahu pun orang lain, asalkan dia dapat apa yang dimahukannya. Sebaliknya kanak-kanak yang bijak akan bersikap berlawanan dan mengambil berat apa yang berlaku terhadap orang lain, tetapi apa yang lebih penting adalah dirinya.

10. Memahami konsep yang rumit

Kanak-kanak yang cerdas berkemampuan untuk memahami sesuatu perkara yang rumit, melihat hubung kait antaranya, dan berfikir secara abstrak.

Mereka juga dapat memahaminya secara mendalam dan berfikir tentang jalan penyelesaiannya.


p/s – Berbanggalah dengan anak-anak anda. Semua kanak-kanak adalah bijak, terpulang kepada kita sebagai ibu bapa untuk mencorakkannya.

Monday, February 20, 2012

kuih cikmek molek

dh siap gontel2 jd bentuk gini tnggu nk goreng je

cikmek molek sedia tuk dimakan

resepi cik mek molek:
keledek beberapa ketul
tepung gandum
air
gula
 minyak utk mengoreng
cara membuatnya ;

1.rebus keledek smpai masak dan lembik
2.hancurkan keledek dan cmpurkan tepung gandum serta air
3.wat adunan sampai dpt gentel jngn keras@lembik sedang2 aje yerr..
4.pas siap adunan tu ambik secubit wat la bentuk panjang sikit n tekan ditengah letak gula sbg intinya pas tu tutup la dlm nya
5.sedia tuk digoreng..goreng smpai agak kekuning kuningan gitu..selamat memcuba yerr

popcorn homemade

Ari ni tertiba rajin nak wat popcorn selama ni igt susah padahal senang je cuma perlukan kerajinan je..cara2 wat popcorn senang je..wat popcorn lebih senang guna mircowave tp ummi xada mirco guna dapur gas je la tp nk nunggu masak 1 persatu tu popcorn tu naik kematu la kaki ku ni..ummi guna periuk biasa tu letak minyak dlm 2 3 sudu ataupun guna marjerin ok gak..letak2 la beberapa biji jagung dlm periuk tutup periuk ngan penutup atasnya tutup lak ngan batu lesung bukan per takut penutup periuk terbuka je..api buka perlahan2 je tnggu smpai bunyi pop pop abis br buka periuk klu buka tengah popcorn meletup tu mau hilang sebelah muka kan..dah abis meletup tu angkat la bg sejuk dulu..wat la ala gula hangus tp jngn hngus lak mau rasa hangit kan popcorn..ambik 2 3 sudu gula masak smpai color tukar kuning2 gitu tutup api campak kan popcorn td dlm gula hangus..ms ni kena kacau cepat2 takut gula hngus td keras kan..dah siap sedia tuk dimakan..selamat memcuba yerr
biji jagung sebelum jd popcorn

popcorn dah siap meletup

popcorn dah siap tuk dimakan

Wednesday, February 8, 2012

kisah qimi n puting kosongnya..

 Hari ni tetiba teringat lak pasal puting kosong qimi..tengah ada datang mood rajin ni tulis je la..xada org nak baca pun xper..sebenarnya ni ada lah pengalaman umi la..dulu masa qimi dalam umr 2mnggu gitu la ada bagi puting kosong tu pun pasal qimi selalu sangat hisap botol susu yg dah abis susunya kerana xada pilihan lain terpaksa la bagi qimi isap puting kosongnya..puting yg jadi pilihan qimi ialah brand pigieon(ntah betul x aku eja ni belasah je la) yg color kuning tu dah bagi yg lain xnknya..so qimi isap puting sejak umr 2mnggu smpai la nk masuk umr 1thn..sekarang kalu bagi langsung xnaknya dibuatnya bunyi uweek uweek muntah la konon.
 Nak jadi kan citer pasal per qimi xnk puting nya..gini ni oleh kerana qimi dah byk gigi jadi operasi gigit berleluasa la..abis digigitnya xkira ummi n abah pun digigitnya termasuk la puting kesayangan nya,sebenarnya qimi gigit puting xla smpai smpai terputus dua tapi ummi yg tambahkan agi gigit puting nya bukan per saja nk bg lepas puting yerr la terlalu bergantung ngan puting angat tmbh2 bila nk tdo..nnti gigi jonggang kan dah xhensem..pas tu ummi bg ler kat qimi srh isap langsung ditolaknya dibuatnya bunyi muntah uweek uweek konon padahal selama ni puting tu la kau isap dik ooo..
(kejadian berlaku tu pada siang hari) tp dah ada puting standby saja simpan kan takut qimi meragam malam nak tdo kan xpasal2 ummi n abah xleh tdo kan tp memang betul sangkaan ummi pada malam qimi memang meragam tiap2 kali 2jam bangun menangis n qimi pun kena wat susu..yerr la selama ni bila nngis bagi puting ni terpaksa la wat susu tp wat dalam kauntiti sikit je la..tapi dalam seminggu tu memang meletihkan n xlena tdo tapi dah lama2 akhirnya qimi dah lupa terus ke puting kosongnya..kini qimi bebas sepenuhnya dari puting kosong n ummi pun suka dan lega lagipun puting kosong banyak keburukkan dari kebaikan.
ni masa ry posa last qimi beraksi ngan puting kesayangannya..

Tuesday, February 7, 2012

akibat pampers

Macam2 dugaan la nak besarkan seorang ank ni..se agi xbesar mcm2 la penyakit dtg kan..dlm minggu lepas ummi tgk qimi ni bila mandi je nnagis selama ni bila mandi bukan main seronok siap xnk kuar dari bilik air try la tgk apa kt punggungnya patut la xnk mandi rupanya ada mende ni pedih la tu..esokkan ummi n abah cepat2 bawa g klinik..bukan aper takut kena cacar air je ..doc kata hanya kesan garu tu yg naik gitu..doc bg cream sapu n ubat gatal..tp ummi xpuas ati tul la kata doc tu..balik dr klinik sapu la cream apa ntah nama nya pnjng bebenor tp msh kuar gelembung tnggu la kan beberapa hari agi..giler kau pkai ari tu nak terus ok..dalam beberapa hari masih sapu cream tp makin byk kuar lak bila pecah tumbuh yg baru..so ummi n abah pun try sapu minyak kelapa dara n tukar pampers lain nmpk ada sikit perubahan..kesimpulan disini qimi xsesuai pakai pampers huggies n ummi tukar balik pampers petpet..lega sikit tengok mende tu xnaik dah cuma tinggal parut je..tp qimi ni budak baik walaupun dipunggung nya naik gelembung dia masih nak main xnngis xmeragam malam cuma satu je suka menggaru yerr..abis la punggung qimi berparut xper dik nnti hilang la parut tu..
hari mula2 kena naik gelembung besar2 kt punggung qimi..ngeri kan tgk gmbr ni
ni dah kering hanya tinggal parut je


Sunday, February 5, 2012

Latih Anak Fasih Berbahasa Inggeris

sejak usia bilakah ia harus dimulakan?

Anak kecil ibarat kain putih yang suci bersih. Minda mereka terbuka luas untuk diisi. Anda sebagai ibu bapa bertanggungjawab mencorakkan ‘kain putih’ itu dengan ‘warna-warni’. Minda kanak-kanak disifatkan sangat cerdas dan mudah menerima sebarang ilmu yang dipelajarinya setiap hari.

Menurut pakar bahasa Profesor Fred H. Genesee, semakin awal usia kanak-kanak belajar bahasa asing, semakin mudah untuk mereka menguasai bahasa itu. Kanak-kanak lebih cepat menerima bahasa yang dipelajarinya tanpa banyak kesukaran berbanding orang dewasa. Selain itu, pakar neurologi Dr.Eric H. Lennenberg pula berpendapat, sebelum mencapai usia baligh otak kanak-kanak memang mudah dilentur. Sebab itulah mereka lebih mudah belajar bahasa asing.

Usia enam tahun adalah masa emas atau paling ideal untuk mengajar bahasa asing selain bahasa ibunda. Dalam usia ini otak mereka sangat mudah untuk menerima sehingga proses penyerapan bahasa mampu berlangsung dengan sangat lancar. Tambahan pula daya penyerapan bahasa mereka berfungsi secara automatik.

Pendedahan Awal
Memadai dengan pendedahan terhadap bahasa tertentu, misalnya memberikan mereka kebebasan untuk bergaul dengan rakan-rakan yang fasih menggunakan bahasa asing selain daripada bahasa ibundanya. Dengan mudah kanak-kanak boleh menguasai bahasa tersebut. Masa emas ini nyata tidak lagi dimiliki oleh orang dewasa. Walau bagaimanapun, ia bukan bererti orang dewasa tidak mampu menguasai bahasa kedua atau bahasa asing ini.

Menerusi kajian tentang perkembangan minda kanak-kanak, tempoh terbaik untuk mengajar kanak-kanak ini menguasai bahasa asing adalah daripada usia enam hingga 15 tahun. Kanak-kanak yang didedahkan dengan pertuturan bahasa asing sebelum usia 15 tahun mampu menguasai bahasa asing itu sama seperti penutur aslinya.

Kejayaan
Satu kajian telah dijalankan oleh Fathman iaitu pakar bahasa daripada Amerika Syarikat . Beliau melakukan pemerhatian kepada 200 orang kanak-kanak berusia daripada 6 hingga 15 tahun yang belajar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah Amerika Syarikat. Kajian mendapati, kanak-kanak yang lebih muda (usia 6 hingga 10 tahun) lebih mudah menguasai tatabahasa bahasa Inggeris. Sedangkan kanak-kanak yang lebih tua (11 hingga 15 tahun) lebih cenderung menguasai struktur kata.

Jaminan
Sejak melangkah masuk ke prasekolah sehinggalah ke Institut pengajian tinggi, kita memang diajar untuk menguasai lebih daripada satu bahasa di dalam pertuturan harian iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kedua-dua bahasa ini memang diguna pakai dalam proses pengajian dan pembelajaran.

Ibu bapa harus diingatkan, kanak-kanak yang mempelajari dua bahasa tidak akan dapat menguasai kedua-dua bahasa itu dengan baik secara sama rata. Malah, ia juga tidaklah sebaik seperti mempelajari satu bahasa. Ia juga memberi tekanan kepada mindanya untuk menguasai dua bahasa tersebut dan pada masa sama sedang mempelajari perkara-perkara lain di persekitarannya.

Untuk mendidik kanak-kanak mahir lebih daripada satu bahasa, ibu bapa dituntut agar bersikap lebih bijak dan tidak tergesa-gesa. Malah, ibu bapa juga perlu mempertimbangkan kemampuan anak-anak mereka. Bagi memastikan mereka berjaya menguasai bahasa asing yang dipelajarinya, bahasa tersebut perlu diguna pakai dalam pergaulan atau komunikasi hariannya. Sekali lagi ibu bapalah yang memainkan peranan yang penting dalam memastikan kejayaan anak-anak ini menguasai bahasa asing. Kerana segala-galanya bermula dari rumah.

8 tip pengajaran bahasa Inggeris di peringkat awal :
1. Berikan anak-anak anda pendedahan dan latihan kepada bahasa ibunda dan bahasa Inggeris yang sedang dipelajarinya secara sama rata.
2. Anak-anak anda perlu mendengar dan bertutur bahasa asing itu secara kerap bagi menguasai perkataan serta tatabahasa bahasa tersebut.
3. Ibu dan bapa adalah tenaga pengajar yang paling berkesan untuk anak-anak memahirkan diri sekali gus menguasai bahasa kedua. CD atau DVD tidak begitu memberikan impak yang sama seperti komunikasi yang berlangsung antara anak dengan ibu dan bapanya.
4. Gunakan bahasa Inggeris dalam apa jua situasi seperti bermain, membeli-belah atau berbual bersama anak-anak. Kaedah ini boleh mempercepatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris anak-anak anda.
5. Bacakan sesuatu bahan bacaan dengan menggunakan bahasa Inggeris serta bahasa ibundanya. Ini adalah cara terbaik untuk meningkatkan lagi pengetahuan tentang perbendaharaan kata serta memupuk skil membaca sejak dari awal.

info:majalah pa&ma

salam maulidur rasul