Followers

Wednesday, July 27, 2011

Lebih Baik Hilang Kerja Daripada Hilang Maruah!!

  Lebih 15tahun lalu,saya memulakan kerjaya dalam usia masih muda,sebaik saja tamat spm.Pesanan ibu bapa,saya pegang betul2,kerja elok elok jangan cari pasal dengan orang lain,keje ikhlas dan segala macam pesanan dibekalkan pada saya.Saya sedar,kami bukan orang senang,suka tak suka,saya mesti bekerja untuk meringankan beban ibu bapa dan membantu persekolahan adik adik.
  Dalam ramai ramai rakan sekerja senior,ada seorang lelaki amat merimaskan saya.sikapnya kadang kala buat saya jengkel,mula2 asyik suruh saya buatkan air,kemudian kenyit2 mata,selepas itu menegur saya dengan mengada ada.Saya diam,tapi lama kelamaan perangainya semakin keterlaluan dan dia naik lemak.Bulan berganti,saya membiasakan diri dengan rakan sepejabat yang lebih tua.mereka juga kian menerima saya dan tidak lagi teruk membuli seperti awal2 dulu,tapi perangai lelaki gatal tu tidak berubah jugak.  
  Dia mula pandai membuat panggilan lucah,kadangkala sedang asyik bekerja telefon berbunyi dan apabila saya menjawab dia bertanya soalan yang amat memalukan"hari ini pakai seluar dalam color apa?"Apabila saya menoleh ke tempat duduknya,dia memandang dengan penuh senyuman mengada ada nya!sehingga lah suatu petang,saya masih bekerje dan pejabat sunyi sepi,saya sedang membuat salinan surat di mesin fotostat apabila tiba tiba seorang memeluk saya dari belakang.ya ALLAH terkejutnya..ketika menoleh si lelaki gatal itu hanya tersengih sengih.Entah dirasuk apa saya jadi marah sungguh,rasa kesabarn sudah sampai tahap minimum,tanpa berfikir panjang,saya capai fail kertas tebal dan saya baling kearah nya,terkena perutnya sehingga dia terduduk,saya ambik satu lagi fail dan hentak berkali kali kepala nya sambil memaki hamun.
  Sedar sedar saya dikerumuni rakan lain,mereka menyabarkan saya,ada yang memujuk,ada seorang dua kelihatan tersenyum sinis.tanpa berfikir panjang saya berlalu ke tempat duduk,ambik beg n terus balik.saya sudah bersedia untuk tindakan tatatertib,bukan salah saya kalau hilang kerja daripada hilang maruah.Lebih baik hilang kerja dari hilang maruah.saya hanya pertahankan diri.Esoknya saya dipanggil seorang pegawai sumber manusia wanita,saya nekad,xkuasa lagi nak pertahankan diri,kalau dibuang pun saya terima,tapi reaksi pegawai sumber manusia tu sangat memeranjatkan."Dah banyak saya dengar perangai pekerja tu,cuma tak terima aduan rasmi,jadi tak ada bukti,tak boleh ambik tindakan,awak berani betul memang kena buku dengan ruas,kami dah ambik tindakan pada pekerja tu,awak boleh kerja terus!" 
  Saya bukan hendak jadi penegak hak asasi wanita,cuma mahu hak bekerja dalam suasana aman dan tenteram,ketika saya "melawan",saya hanya fikirkan maruah diri.Alhamdulillah...ALLAH menyebelahi saya..
                    sumber dari majalah NUR...

 

No comments:

Post a Comment